Tuesday 6 January 2009

Pengarah Drama & Filem

Kebelakangan kemunculan pengarah-pengarah drama dan filem yang terdiri daripada orang-orang baru bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan daripada mereka adalah merupakan graduan-graduan daripada ASWARA.

Saya akui bahawa mereka sebagai graduan daripada akademi tersebut pernah belajar di dalam pembikinan drama dan filem, tetapi berapa banyak latihan praktikal yang mereka lalui?

Sedangkan kami daripada ahli-ahli fdam adalah merupakan tulang belakang di dalam industri ini yang bertungku-lumus daripada peringkat akar-umbi.

Kami terlibat sebagai pelakon drama, filem dan juga theatre sebelum layak menjadi ahli fdam.